TEXAS, AMERIKA SYARIKAT – Jose Mourinho berkata, dia bersedia menerima hanya tiga pemain baharu termasuk Victor Lindelof dan Romelu Lukaku.
Pengurus Manchester United itu menjelaskan, walaupun meminta empat pemain baharu kepada pihak pengurusan tertinggi, dia menganggap pasaran perpindahan pemain adalah ‘lawan’ buat mereka.
“Skuad kami tidak begitu besar dan saya hanya meminta empat pemain baru dan saya bersedia untuk mengurangkan sasaran dari empat ke tiga.
“Ini kerana pasaran semasa adalah sukar dan kami bukan sebuah kelab yang bersedia membayar apa yang kelab lawan ingin kita bayar.
“Jadi saya bersedia untuk menerima dari empat ke tiga (pemain baru),” katanya dalam sidang akhbar perlawanan pra musim menentang Manchester City awal pagi esok dalam International Champions Cup 2017.
Mengenai Alvaro Morata yang menyertai Chelsea, Mourinho berkata, dia tidak berminat untuk mengambil tahu apa yang Chelsea lakukan. – MalaysiaGazette