
KUALA LUMPUR – Anggota kumpulan Bigbang, G-Dragon akan mengadakan konsert solo G-Dragon 2017 World Tour <Act III, M.O.T.T.E> In Kuala Lumpur pada 17 September depan.
Konsert anjuran IME Malaysia itu akan berlangsung pada pukul 7.30 malam di Stadium Merdeka.
Untuk konsert kali ini G-Dragon akan bekerjasama dengan Pengarah Kreatif, Willo Perron bagi memastikan perjalanan konsertnya kelak berjalan lancar.
Pada hari pelancaran jualan tiket tersebut, setiap individu hanya boleh membeli 10 keping tiket sahaja dan belian tiket pada hari tersebut akan disertakan dengan sekeping poster yang terhad.
Untuk pembeli atas talian boleh melayari laman TicketCharge (www.ticketcharge.com.my) pada hari yang sama.
Kaunter tiket terpilih akan mula menjual tiket berkenaan pada 31 Julai ini.
Antara kaunter tiket terpilih yang boleh dikunjungi pembeli adalah di pusat Speedy Video, Rock Corner, Chambers Music, PJ Live Arts, kaunter pertanyaan Pusat Beli-Belah The Mines dan 1 Shamelin.
Kaunter tiket turut dibuka di Eden Ultimate, Kuantan dan Blonde Brunette, Pulau Pinang. Untuk pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian 03-9222881. – MalaysiaGazette