PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan enam insentif kepada warga peneroka Felda.
Antaranya bayaran insentif khas peneroka bernilai RM5,000 yang membabitkan 94,956 peneroka yang layak.
“Dengan jumlah peruntukan RM474.78 juta, pembayaran akan mula dibuat pada penghujung bulan Ogos 2017 ini,” katanya pada majlis sambutan Hari Peneroka Felda peringkat Kebangsaan 2017 di sini.
Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan pelupusan sebahagian baki pinjaman saham Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV).
“Seramai 77,934 peneroka yang sedang membayar pinjaman saham FGV akan dilupuskan baki pinjaman mereka dengan kadar ringgit ke ringgit,” katanya. – MalaysiaGazette