Home Dunia 9 mayat ditemui dalam trak

9 mayat ditemui dalam trak

Trak yang menempatkan puluhan mangsa pemerdagangan manusia.

TEXAS – Sekurang-kurangnya sembilan orang ditemui mati dalam treler dipercayai mangsa pemerdagangan manusia.

Lebih daripada 30 orang lagi, kebanyakannya dalam keadaan kritikal dan mengalami stok panas dan keletihan, didapati berada dalam treler yang tidak mempunyai penyaman udara atau bekalan air, kata Ketua Pemadam Kebakaran San Antonio, Charles Hood.

Suhu di luar kenderaan berada di atas 37.8 Celcius.

Pemandu trak itu ditangkap dan akan menghadapi tuduhan, kata Richard Durbin, Peguam Negara Texas, dan pendakwa sedang berusaha untuk mengenal pasti orang lain yang bertanggungjawab.

Lapan mayat ditemui selepas pihak berkuasa ke treler oleh seorang lelaki yang mendekati pekerja Walmart dan meminta air.

Dua lagi orang meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital, menurut laporan.

“Semua adalah mangsa penyeludup manusia kejam. Bayangkan penderitaan mereka, terperangkap dalam treler dengan keadaan panas,” kata Durbin.

Ketua Polis San Antonio, William McManus menyifatkan kematian terbaru sebagai “tragedi yang mengerikan”

Sebanyak 20 orang telah dikejarkan ke tujuh hospital dalam keadaan kritikal”, kata Hood.

Beliau berkata, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri sedang menyiasat kes tersebut. – MalaysiaGazette