Home Dunia Dua mati seorang cedera ditembak dalam Kedutaan Israel

Dua mati seorang cedera ditembak dalam Kedutaan Israel

Policemen are seen near the Israeli embassy in Amman, Jordan July 23, 2017. REUTERS/ Stringer

AMMAN – Dua rakyat Jordan terbunuh manakala seorang rakyat Israel cedera akibat ditembak di sebuah bangunan residensi yang dikawal ketat dalam kawasan Kedutaan Israel.

Sebelum insiden tembakan tersebut, rakyat Jordan berkenaan memasuki bangunan untuk kerja-kerja pertukangan, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan Pengarah Keselamatan Awam Jordan.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyatakan punca yang menyebabkan tembakan meletus.

Kementerian Luar Israel tidak memberikan sebarang komen.

Insiden tersebut berlaku ketika ketegangan di antara Israel dan orang Islam di seluruh dunia selepas pihak Israel memasang pengesan besi sekitar Masjid Al-Aqsa.

Pada Ahad lalu, Jordan meminta satu mesyuarat tergempar di adakan bagi menteri-menteri asing Arab untuk membincangkan situasi tersebut.

Untuk rekod, Jordan adalah penjaga rasmi kawasan suci umat Islam di Jerusalem.-MalaysiaGazette