AMERIKA SYARIKAT – Bintang sensasi yang popular dengan lagu Despacito, Justin Bieber membuat keputusan mengejut apabila membatalkan baki konsert jelajah dunianya, Purpose.
Pengumuman yang mengecewakan sebilangan peminatnya di seluruh dunia dibuat menerusi satu kenyataan rasmi di laman sesawang rasminya.
Pembatalan tersebut ternyata menimbulkan banyak tanda tanda tanya kalangan peminat apabila penyanyi kesayangan mereka itu membatalkan 14 lagi jadual konsertnya di Amerika Utara dan di Asia.
Menerusi laporan TMZ, Bieber mengaku keletihan selepas mengadakan konsert jelajah selama 18 bulan dengan memberi alasan dia ingin berehat.
Bagaimanapun alasan berbeza didedahkan oleh sumber terdekat Bieber.
Dalam sebuah program televisyen Today Extra, pengacara Richard Wilkins memberitahu, Bieber membatalkan konsertnya kerana ingin mendalami ilmu agamanya.
Selain itu, dia dikatakan akan mendirikan gereja sendiri.
Kenyataan Richard ini mungkin benar kerana akhir-akhir ini, pelantun lagu Despacito ini dikatakan aktif mengikuti kegiatan keagamaan.
Awal Julai lalu, Bieber khabarnya menghadiri acara tahunan di sebuah gereja Hillsong di Sydney, Australia.
“Kita tahu bahawa dia berkunjung ke Australia beberapa minggu lalu untuk menghadiri pertemuan dan pertemuan besar di Hillsong.
“Apakah Bieber bekerja sama dengan mereka (gereja Hillsong) dlam tempoh yang lama misalnya melakukan aktiviti keagamaan sendiri seperti mendirikan gerejanya sendiri?
Kami tidak pasti, tapi itu adalah kata dari sumber terdekat,” tambah Richard lagi. – MalaysiaGazette