Home Sukan Lukaku hormati agama Islam

Lukaku hormati agama Islam

Romelu Lukaku

TEXAS – Romelu Lukaku menjelaskan dia enggan menerima dan bergambar dengan trofi anugerah Pemain Terbaik Perlawanan menentang Manchester City baru-baru ini kerana kepercayaannya kepada Islam.

Lukaku, 24, memberitahu dia juga menghormati rakan-rakan lain yang beragama Islam.

Dalam pada itu, Kejohanan International Champions Cup itu adalah tajaan Heineken.

Musim lalu kejohanan itu ditaja oleh Guinness.

Pihak penganjur telah memaklumkan sebelum ini pemain beragama Islam bawah 21 tahun tidak akan bergambar dengan anugerah tersebut.

Namun Lukaku telah memberitahu penganjur tentang pendiriannya itu.

Pemain antarabangsa Belgium itu memiliki nama Romelu Menama Lukaku Bolingoli.  – MalaysiaGazette