JAKARTA – Lapan titik panas dikesan di Jambi oleh satelit Aqua dan Terra sejak 23 Julai lalu.
Ketua Jabatan Maklumat Data Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG), Kurnia Ningsih berkata, lapan titik panas itu dikesan di Batanghari, Bungo, Tebo dan Tanjung Jabung Barat.
“Dua titik panas masing-masing dikesan di Bungo dan Tanjung Jabung Barat manakala tiga lagi di Tebo dan satu titik panas di Batanghari,” katanya.
Pemangku Pengerusi Agensi Mitigasi Bencana Jambi (BPBD), Hamdan berkata, pihak berkuasa berusaha memadamkan kebakaran di Tebo dengan menghantar satu daripada tiga helikopter yang disediakan oleh Agensi Mitigasi Bencana Nasional (BNPB) untuk operasi pengeboman air. – MalaysiaGazette