Home Dunia Ferrari hancur selepas sejam dibeli

Ferrari hancur selepas sejam dibeli

LONDON – Seorang pemandu terselamat dalam kemalangan melibatkan kereta Ferrari yang baharu sejam dibelinya.

Polis tempatan menyifatkan kejadian itu sebagai ‘satu keajaiban’ namun kereta tersebut tidak bernasib baik, lapor AP.

Polis Yorkshire selatan yang menyiarkan gambar kereta berasap yang telah remuk dalam akaun Twitter berkata: ” Terbang (dan) terbakar di tepi lebuh raya di utara England,”.

Ferrari 430 Scuderia baharu berharga 200,000 pounds (AS$260,000) itu hangus di atas padang.

Polis menerusi kenyataannya dalam laman Facebook berkata, pemandu tersebut ‘mengalam luka kecil dan lebam’ pada insiden Khamis lalu, namun mereka juga mengesan ‘perasaan kerosakan maruah’.

Pihak berkuasa itu berkata, pemandu tersebut memberitahu pegawai polis: “Saya baru memilikinya, mengambilnya kira-kira sejam lalu,”. – MalaysiaGazette