Home Sukan Neymar semakin hampir ke PSG

Neymar semakin hampir ke PSG

Neymar

BARCELONA – Neymar dilaporkan semakin hampir meninggalkan Barcelona, Neymar selepas bersetuju dengan tawaran kontrak Paris Saint Germain  (PSG).

Difahamkan perpindahan bintang Brazil akan dimuktamadkan pada minggu depan dan dia akan menandatangani kontrak lima tahun bersama kelab Perancis tersebut.

Berita itu disahkan bapa Neymar yang telah mengadakan perbincangan dengan PSG.

Masa depan penyerang itu menjadi tajuk utama peminat bola sepak dunia selepas dia mendedahkan mahu meninggalkan Nou Camp kerana inginkan cabaran baharu.

Neymar dilaporkan akan menerima pendapatan hampir 27 juta pound sterling setahun selepas ditolak cukai.

PSG dikatakan akan cuba untuk memenuhi klausa pelepasan Neymar bernilai 197 juta pound sterling, sekaligus menjadi perpindahan paling mahal pernah dilakukan.

Namun kedua-dua kelab itu masih belum memuktamadkan perjanjian tersebut.

Menurut portal RMC, perjanjian itu akan diselesaikan awal minggu depan.

Sebelum ini, Presiden Barca, Josep Bartomeu memberi bayangan bahawa nasib Neymar di Nou Camp masih belum jelas. – MalaysiaGazette

+ posts