Home Dunia 75 penumpang kereta kabel tersangkut di udara

75 penumpang kereta kabel tersangkut di udara

Seorang wanita bersama bayinya dibawa turun dari kereta kabel dengan bantuan kren. foto Agensi

COLOGNE – Berpuluh-puluh orang terkandas di udara selepas kereta kabel melanggar tiang sokongan dan berhenti di atas Sungai Rhine di Jerman.

Pasukan bomba penyelamat terpaksa menggunakan kren untuk menyelamatkan 75 penumpang yang terkandas di udara, sebahagiannya berada pada ketinggian 40 meter.

Tiada kecederaan yang dilaporkan berlaku.

Pasukan penyelamat terpaksa menggunakan kren bagi membawa turun penumpang kereta kabel yang terkandas di udara. foto Agensi

Kejadian itu berlaku semasa semua 32 kereta kabel sedang beroperasi.

Perlanggaran berlaku pada pukul 15.30 (13:30 GMT).

Insiden ini berlaku selepas salah satu gondola melanggar sebahagian daripada struktur sokongan, mengakibatkan keseluruhan sistem pengangkutan kabel terhenti. – MalaysiaGazette