ISLAMABAD – Shahbaz Sharif, 65, bakal menjadi Perdana Menteri baharu Pakistan tidak lama lagi, lapor Metro.uk hari ini.
Bagaimanapun, sebelum itu, Shahid Khaqan Abbasi, 58, akan dilantik sebagai perdana menteri sementara selama dua bulan esok.
Shahid yang merupakan bekas Menteri Petroleum negara itu akan kekal memegang jawatan tersebut selama dua bulan sebelum Shahbaz Sharif menggantikannya secara tetap.
Shabaz merupakan adik bekas Perdana Menteri, Nawaz Sharif, 67, yang dipecat oleh Mahkamah Persekutuan negara itu pada Jumaat lepas.
Mahkamah melucutkan kedudukan Nawaz Sharif kerana didakwa gagal mengisytiharkan sumber pendapatannya selain mengarahkan siasatan jenayah ke atas ahli keluarganya.
Selepas pengunduran itu, Nawaz Sharif melantik sekutunya Abbasi sebagai pemimpin interim dan menamakan Shahbaz sebagai pengganti jangka panjang.
Parti Liga Muslim yang diterajui Sharif memiliki majoriti dengan 188 kerusi di Parlimen Pakistan daripada jumlah 342 kerusi yang dipertandingkan.
Peralihan kuasa itu dijangka berlangsung tanpa sebarang masalah.
Bekas pemimpin itu berucap dalam kalangan penyokong partinya sejurus selepas dipecat oleh mahkamah.
Namun musuh politiknya termasuk pembangkang membidas rancangan Nawaz Sharif yang adiknya menjadi Perdana Menteri.
Mereka menggelar tindakan itu sebagai pembinaan dinasti Sharif dan tidak demokratik.
Pemimpin pembangkang dan ahli parti Pakistan Tehreek-e-Insaf(PTI), Imran Khan menyifatkan parti PML-N sebagai penjajahan monarki.
Abbasi dan Shabaz bakal berdepan pelbagai masalah termasuk hubungan diplomatik negara itu dengan Amerika Syarikat yang semakin membimbangkan, India berikutan keadaan ekonomi dan keganasan Islam di negara tersebut.
Mamnoon Hussain merupakan Presiden Pakistan. – MalaysiaGazette