KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) mempunyai tempoh selama lima hari lagi untuk melunaskan pembayaran arbitratisi kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) dan Aabar Investment PJS (Aabar).
Menurut kenyataan yang dikeluarkan IPIC, sekiranya 1MDB dan Kementerian Kewangan Diperbadankan (Mof Inc.) gagal melunaskan bayaran tersebut, mereka tertakluk kepada obligasi tambahan kepada IPIC dan Aabar.
“IPIC masih belum menerima pembayaran sebanyak AS$602.725 juta dan AS$26.024 juta yang sepatutnya dibayar selewat-lewatnya pada 31 Julai 2017 seperti yang telah dipersetujui oleh Mof Inc. dan 1MDB,” katanya. – MalaysiaGazette