Home Dunia Pelakon Arab Saudi tawar terbangkan jemaah haji Qatar

Pelakon Arab Saudi tawar terbangkan jemaah haji Qatar

Gambar hiasan.

DUBAI – Pelakon Arab Saudi merancang menyewa empat buah pesawat untuk menerbangkan jemaah haji warga Qatar ke Jeddah atau Madinah.

“Saya sedia untuk menanggung bayaran sewa empat pesawat Boeing, B777 untuk membawa semua jemaah haji Qatar,” kata Reem Abdullah.

“Ini adalah cabaran untuk saya kepada rejim Qatar yang menghalang jemaah Qatar menunaikan ibadah haji,” katanya dalam laman Twitter milik beliau.

Pesawat B777 berkeupayaan membawa antara 314 hingga 396 penumpang.

Media Arab Saudi, Al Marsad menjangka kos menyewa empat buah pesawat itu berjumlah Riyal Saudi 2.3 juta.

Reem, 30, telah membintangi lebih 20 drama sejak 2007.

Sebelum ini, pertelingkahan timbul antara kedua-dua negara berhubung kehadiran jemaah haji Qatar.

Riyadh memutuskan hubungan diplomatik dengan Doha pada 5 Jun lalu dan menghalang semua warga Qatar memasuki Arab Saudi selain menghalang warganya ke negara tersebut.

Langkah tersebut merupakan protes negara itu terhadap sokongan Qatar kepada ideologi ekstremis dan keganasan selain campur tangan dalam hal ehwal Arab Saudi.

Bagaimanapun, Arab Saudi berkata, larangan tersebut tidak membabitkan jemaah haji dam umrah.

Pada 20 Julai, Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi berkata, negaranya mengalu-alukan warga Qatar yang berhasrat mengerjakan haji dan umrah.

Namun Arab Saudi berkata, jemaah umrah Qatar boleh terbang ke negara itu dengan menggunakan mana-mana syarikat penerbangan kecuali Qatar Airways.

Warga Qatar dan ekspatriat yang memegang visa residen Qatar yang mempunyai permit haji dari kementerian Arab Saudi dan badan-badan berkaitan di Qatar boleh memasuki negara tersebut menerusi syarikat penerbangan sewa khas yang dipilih Doha dan diluluskan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (GACA) Arab Saudi, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Mereka boleh memasuki negara itu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz di Jeddah dan Lapangan Terbang Prince Mohammad Bin Abdul Aziz di Madinah. GACA mengesahkan perkara itu.
Qatar said that they were not pleased with the arrangements and last week filed a complaint to the UN over the “obstacles” put in place for Qataris planning to perform the pilgrimage.

Qatar berkata, negara itu tidak gembira dengan perkara itu dan pada minggu lalu ia telah membuat aduan kepada pertubuhan bangsa-bangsa bersatu terhada ‘halangan’ yang dikenakan kepada warta negara itu untuk menunaikan ibadan umrah dan hai.
Saudi Arabia on Sunday said it refused the move by Qatar.

Semalam, arab saudi berkata ia menilak langkah qatar.

“Saudi Arabia rejects Qatar’s attempt to politicise the arrival of Qatari pilgrims into the kingdom,” Saudi Foreign Minister Adel Al Jubeir said during a press conference in the Bahraini capital Manama.

“Arab Saudi menolak cubaan Qatar untk mempolitikkan ketibaan jemaah Qatar ke negara ini,” kata Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al Jubeir semasa sidang media di Manama, Bahrain.

“The kingdom has been exerting great efforts to ease the arrival of all pilgrims. The brothers in Qatar are most welcome, like any other Muslim from anywhere in the world, to visit the holy sites.”

“Negara ini telah berusaha keras untuk memudahkan ketibaan semua jemaah. Seprti mana saudara islam kita yang lain dis eluruh dunia, Kita mengalu-alukan Saudara kita di Qatar untk melawat tanah suci,” katanya.

1 Komen

Comments are closed.