Home Dunia Pengarah Komunikasi White House dipecat

Pengarah Komunikasi White House dipecat

Anthony Scaramucci

WASHINGTON – Tidak sampai 10 hari memegang jawatan Pengarah Komunikasi White House, Anthony Scaramucci dipecat.

Bekas pembiaya Wall Street itu telah mendapat kritikan selepas beliau menghubungi seorang wartawan supaya membuat kecaman terhadap Reince Priebus dan Sean Spicer.

Ekoran itu, Ketua Kakitangan White House, Reince Priebus dan jurucakap, Sean Spicer meletakan jawatan masing-masing selepas pelantikan Scaramucci.

Keputusan memecat Scaramucci itu dibuat oleh ketua kakitangan baru, Gen John Kelly, yang mengangkat sumpah pada hari Isnin.

Presiden juga tidak berpuas hati dengan prestasi Scaramucci, White House mengesahkan.

Jurucakap jurucakap Trump, Sarah Sanders berkata, presiden berpendapat kenyataan Scaramucci kepada wartawan adalah “tidak sesuai untuk seseorang yang dalam kedudukan itu”.

Scaramucci tidak diberi peranan lain dalam White House, tambahnya. – MalaysiaGazette