Home Utama FELDA pun Tun M cuba hendak swastakan – Puad

FELDA pun Tun M cuba hendak swastakan – Puad

Puad menyifatkan usahanya membantu kerajaan selama ini tidak berbaloi kerana tidak dipilih sebagai calon BN pada PRU14.
Puad menyifatkan usahanya membantu kerajaan selama ini tidak berbaloi kerana tidak dipilih sebagai calon BN pada PRU14.

AMPANG – Sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad  pernah cuba menswastakan FELDA kerana amalan kroni kapitalisme dalam pentadbirannya.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Mohd. Puad Zarkashi mendakwa Tun M tidak menjadikan FELDA sebagai keutamaannya kerana bukan legasi beliau dan hanya mementingkan kroninya berbanding kepentingan peneroka.

“FELDA bukan legasi dia, sebab itu bila dia amalkan kroni kapitalisme dia hampir-hampir menswastakan Felda, tetapi bila dibangkang Tan Sri Alias, baru dia tak jadi.

“Kalau tidak Felda diswastakan sebab dia amalkan kroni kapitalisme,” kata Puad ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Pandan di Hotel De Palma hari ini.

Puad yang juga Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) juga memberikan contoh kegagalan yang berlaku dalam syarikat kereta nasional, Proton yang diasaskan Tun M yang meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya menyuntik wang untuk menyelamatkan syarikat tersebut.

“Sebab itu dia minta Proton diswastakan, bila Proton ada masalah, duit tak ada nak keluarkan model baru, dia mintak pada Najib RM2 bilion inject pada Proton, mana boleh itu syarikat swasta, dia swastakan.

“Bila ada masalah nak suruh kerajaan inject suruh cari partner luar negara tak nak, dia tak bagi, cuba kita tengok Perodua ‘partner’ dengan luar negara, jualan semakin meningkat,” katanya.

Menurut Puad, jika cadangan Mahathir tersebut tidak dibangkang besar kemungkinan FELDA yang diwujudkan untuk membela rakyat miskin diswastakan tetap ia berjaya dihalang daripada berlaku.

“FELDA hampir diswastakan kalau tidak dibangkang, sejak tahun 1999 sehingga dia melepaskan jawatan perdana menteri dia tak pernah membantu FELDA sebab FELDA bukan di hati dia,” katanya.

Mengulas lanjut, cara pentadbiran Mahathir berbeza dengan usaha Tun Abdul Razak Hussein dahulu yang memperkenalkan FELDA supaya bangsa Melayu keluar daripada garis kemiskinan hidup.

Usaha tersebut kemudiannya diteruskan anaknya Najib yang banyak menitikberatkan kebajikan warga FELDA, ia terbukti dengan pengumuman banyak insensitf kepada peneroka sejak mengambilalih tampuk kerajaan.

“Sebab itu bila Perdana Menteri kita umumkan insentif  pada Hari Peneroka sejumlah RM1.58 billion maka mereka mengkritik dengan tidak menggunakan fakta tetapi persepsi, guna duit kerajaan, dia kata ini one-off, dia kata RM1.58 billion bukan jangka panjang, sedangkan dia lupa bahawa sebulan sebelum itu sempena hari raya Najib umumkan duit raya sebanyak RM500, itu baru one-off,” katanya.

Jelasnya, pemberian insenfit kepada warga FELDA bukan satu bail out yang sering dilakukan oleh Mahathir dimana banyak wang dibazirkan semata-mata mahu menyelamatkan syarikat kroni sahaja.

“Yang penting tak ada bail out, macam Tun Mahathir buat bail out kepada syarikat perkapalan anak dia, kalau dia masih memerintah, Proton pun agaknya akan di bail out,” ujarnya.

Najib baru-baru ini mengumumkan enam insentif  bagi peneroka FELDA tahun ini, antaranya ia melibatkan pelupusan hutang bagi penanaman semula serta geran khas untuk aktiviti terbabit.

Selain itu, beliau turut mengumumkan bayaran RM5,000 bagi setiap keluarga yang layak serta bayaran balik pinjaman saham Felda Global Ventures (FGV). – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Zaman TunM swasta kan.project tak.masuk akaun sendiri berbillion lpas tu kata duit DERMA TOK ARABIA. Zaman Najib Jual Proton sebab nak buang legasi TunM… semangat kebangsaan product tempatan sdah layu oleh pemimpin UMENO, byk asset negara di jual , semua kerja pemimpin UMENO kini… FELDA apa lagi, beratur juta di tipu masuk poket sendiri, Kalu tak do bongkar pembangkang, habis di jual FELDA pada orang luar.. peneroka FELDA yg terus jadi miskin Sebab PENYAMUN menjadi pemimpin FELDA…

Comments are closed.