Home Nasional Wanita curi gelang emas RM10,000 diburu polis

Wanita curi gelang emas RM10,000 diburu polis

BANGI – Polis sedang memburu seorang wanita selepas dia dipercayai melarikan gelang tanganĀ  bernilai RM10,000 dari sebuah kedai emas di Bandar Baru Bangi.

Wanita dalam lingkungan 20 tahun itu didakwa memasuki premis berkenaan dan bertanyakan harga gelang yang dipamerkan, lalu meminta untuk mencuba.

Suspek kemudian menunjukkan gelang yang lain dan turut mahu mencuba barang kemas tersebut.

Wanita berkenaan telah menunjukkan minat untuk membeli gelang kedua dan pembantu jualan kemudian meletakkan semula gelang pertama.

Ketika pembantu jualan sedang membuat kiraan harga bagi gelang kedua, suspek telah melarikan diri bersama gelang yang masih berada di tangannya.

Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Yusoff berkata, pembantu kedai emas itu membuat laporan polis sejurus kejadian tersebut yang berlaku kira-kira 1 petang semalam.

“Pembantu kedai itu cuba mengejar wanita berkenaan tetapi gagal,” katanya.

Kes itu diklasifikasi sebagai mencuri. – MalaysiaGazette