DHAKA – Seorang lelaki yang berpura-pura menjadi pengguna kerusi roda yang menyembunyikan 25 kg (55lb) emas pada paha beliau ditangkap di lapangan terbang utama Bangladesh.
Pegawai Kastam berkata, lelaki itu mencurigakan apabila mendapati Jamil Akhter telah pergi ke luar negara sebanyak 13 kali tahun ini.
Rampasan melibatkan AS$1.5 juta (1.15 juta pound) itu adalah yang terbesar tahun ini.
Bangladesh kini menjadi hab penyeludupan emas ke India.
Duti import lebih tinggi ke atas emas di India, pengguna emas terbesar di dunia telah menyebabkan peningkatan penyeludupan.
Semalam, pegawai kastam turut menemui enam kilogram emas yang disembunyikan dalam tandas pesawat yang dalam penerbangan dari Singapura.
Sejumlah 1.5 tan emas telah dirampas di lapangan-lapagan terbang Bangladesh sejak tiga tahun lalu, kebanyakan dari negara-negara Teluk.
Lebih 100 orang migram Bangladesh yang berkerja di Teluk ditahan sejak tahun 2014 kerana menyeludup emas melalui lapangan-lapangan terbang negara itu. – MalaysiaGazette