LONDON – Keputusan Liverpool yang bersetuju melepaskan Philippe Coutinho ke Barcelona telah mengecewakan pengurusnya, Jurgen Klopp.
Pengendali warga Jerman itu sebelum ini berkeras mahu mengekalkan pemain Brazil tersebut di Anfield.
Namun pengurusan tertinggi Reds akhirnya tewas dengan nilai bidaan bernilai 90 juta pound sterling yang dikemukakan Barca terhadap Coutinho.
ESPN Brazil mendakwa Klopp telah beberapa kali menasihati Liverpool agar tidak menjual Coutinho dan dia jelas terluka dengan keputusan pengurusan tertinggi kelab tersebut.
Liverpool dikatakan telah mencapai kata sepakat dengan Barca semalam apabila Coutinho diketepikan ketika aksi menentang Atletico Bilbao di Dublin.
Bulan lalu, Liverpool menolak bidaan pertama Barca bernilai 75 juta pound sterling.
Namun kehilangan Neymar yang berhijrah ke ke Paris Saint-Germain (PSG) telah mempercepatkan rundingan antara Liverpool dan Barca.
Barca kini menyakinkan Coutinho bahawa dia akan menjadi pemain kelab Catalan itu .
Liverpool turut mengenal pasti pemain West Ham, Manuel Lanzini sebagai pengganti Coutinho.
Barca berharap perpindahan Coutinho dapat dimuktamadkan pada Rabu agar pemain berusia 25 tahun itu boleh diturunkan pada aksi pertama Piala Super Sepanyol menentang Real Madrid pada Ahad ini. – MalaysiaGazette