Home Sukan Dortmund letak harga £135 juta

Dortmund letak harga £135 juta

Borussia Dortmund meminta Barcelona menyediakan dana setinggi £135 juta untuk membeli Ousmane Dembele musim ini. Foto: SkySports

JERMAN – “Sediakan dana sebanyak £135 juta dan Ousmane Dembele milik kamu”.

Itu kata dua Borussia Dortmund kepada Barcelona yang serius menagih khidmat penyerang muda itu.

Laporan SkySports di Jerman memberitahu bahawa penyerang antarabangsa Perancis itu berhasrat untuk berhijrah ke Nou Camp menggantikan Neymar.

Neymar meninggalkan Barcelona dan menyertai Paris Saint Germain dengan nilai £200 juta.

Bagaimanapun Dortmund terus berpendirian tetap bahawa Dembele bukan untuk dijual.

Borussia merupakan sebuah syarikat yang tersenarai awam dan sebarang tawaran ke atas Dembele perlu dimaklumkan kepada Pasaran pertukaran saham Frankfurt.

Kelab Bundesliga mahu mengaut keuntungan dengan nilai £122 juta untuk pemain berusia 20 tahun itu.

Dembele telah menjaringkan 10 gol dalam 49 penampilan bersama Dortmund musim lalu selepas berhijrah dari Rennes untuk £13 juta.

Dembele membantu kelab dari Signal Iduna Park menjulang Piala DFB-Pokal pada musim pertamanya.

Dembele turut merekodkan 12 gol dalam 27 penampilan bersama Rennes pada November 2015.- MalaysiaGazette