KUALA LUMPUR – Tidak perlu layan.
itu reaksi Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berhubung cabaran debat Nothing to Hide 2.0 yang dianjur sayap pemuda, PPBM.
Armada membuat provokasi dengan membuat jemputan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semata-mata untuk menjelaskan isu yang sudah pun berkali-kali diberikan penerangan.
Annuar berkata sekiranya Najib melayan cabaran tersebut ia akan mengganggu tanggungjawab dan tugasan kepada rakyat.
“Kerja cabar-mencabar ini, kalau parti A tak buat, parti B akan buat, tapi kerja perdana menteri kalau beliau abaikan, tiada siapa nak buat.
“Kemudian rakyat yang terabai, jika perdana menteri fokus kepada kerjanya, rakyatlah akan dapat untung,” katanya.
Mengulas lanjut, Annuar berkata, ketidakhadiran Najib bukan bermakna beliau takut atau menyembunyikan sesuatu seperti didakwa Armada.
Beliau turut menyifatkan Armada sengaja ingin mencari publisiti dengan menganjurkan forum berkenaan.
Terdahulu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menjelaskan segala tuduhan yang dihadapinya secara terbuka menerusi program Nothing to Hide 2.0.- MalaysiaGazette