Home Dunia China berkecuali jika Korea Utara serang AS – media

China berkecuali jika Korea Utara serang AS – media

BEIJING – Sekiranya Korea Utara melancarkan serangan yang mengancam Amerika Syarikat maka China akan bersikap berkecuali.

Tetapi jika Amerika Syarikat melakukan serangan terlebih dahulu dan cuba menggulingkan kerajaan Korea Utara, China akan menghentikan tindakan itu, menurut laporan akhbar China.

Semalam, Presiden Donald Trump memberi amaran kepada Korea Utara dan pemimpinnya selepas Pyongyang menyatakan sedang bersiap sedia melancarkan peluru berpandu merentasi Jepun ke wilayah Guam.

China, rakan sekutu dan rakan perdagangan Korea Utara yang paling penting, telah mengulangi peringatan supaya bertenang dalam menghadapi krisis semasa.

Ia telah menyatakan kekecewaan dengan ujian nuklear dan peluru berpandu berulang kali Pyongyang dan sikap Korea Selatan dan Amerika Syarikat yang dilihat menyebabkan ketegangan semakin ketara.

Akhbar Global Times diterbitkan oleh People’s Daily melalui editorial itu berkata, Beijing tidak dapat memujuk Washington atau Pyongyang untuk berundur.

“Ia perlu menjelaskan pendiriannya kepada semua pihak dan membuat mereka memahami bahawa apabila tindakan mereka menjejaskan kepentingan China, negara ini akan bertindak dengan tegas,” kata akhbar itu.

Bagaimanapun, akhbar itu tidak mewakili dasar kerajaan.

“China juga perlu menjelaskan bahawa jika Korea Utara melancarkan peluru berpandu yang mengancam Amerika Syarikat terlebih dahulu dan China akan kekal neutral.

“Jika Amerika Syarikat dan Korea Selatan memulakan serangan pula dan cuba menggulingkan rejim Korea Utara serta mengubah pola politik Semenanjung Korea, China akan menghalang mereka daripada berbuat demikian,” katanya.

China telah lama bimbang jika berlaku konflik di Semenanjung Korea atau berulangnya perang 1950-53 Korea yang boleh melepaskan gelombang pelarian yang tidak stabil ke timur laut, selain mengakibatkan penyatuan dengan sekutu dengan Amerika Syarikat.

Korea Utara adalah negara penampan yang berguna untuk China daripada Amerika Syarikat yang berpusat di Korea Selatan dan juga di seberang laut di Jepun.

Global Times berkata China akan bertegas menentang mana-mana pihak yang mahu mengubah status quo kawasan yang menjadi kepentingan negara itu.

“Semenanjung Korea mempunyai kepentingan strategik kepada semua pihak dan tidak harus ada pihak yang berusaha untuk memiliki kuasa mutlak rantau ini,” kata akhbar itu.- MalaysiaGazette