SINGAPURA – Dolar mengalami penurunan ke paras terendah dalam tempoh lapan minggu berbanding Yen hari ini berikutan peningkatan ketegangan antara Amerika Syarikat dan Korea Utara yang menyebabkan ramai pelabur keluar.
Dolar jatuh 0.2 peratus kepada 108.96 yen. Didagangkan lebih rendah berbanding biasa berikutan pasaran Jepun ditutup kerana cuti umum.
Terdahulu, dolar jatuh serendah 108.91 yen, paras terlemah sejak 14 Jun apabila matawang AS itu didagangkan serendah 108.81 yen.
“Kita sedang menghapiri sokongan paling penting pada dolar/yen,” kata pakar strategi matawang Penyelesaian Perniagaan Western Union di Melbourne, Steven Dooley.
“Biasanya apabila berada pada paras 108.10/108.00, ia mampu memecahkan paras tersebut, ia akan membuatkan kadar matawang jatuh dengan lebih cepat.,” tambahnya.- MalaysiaGazette