Home Politik Lokasi kelahiran Kit Siang terus jadi tanda tanya

Lokasi kelahiran Kit Siang terus jadi tanda tanya

PSMP juga berjaya membongkar alamat yang digunakan oleh PMSP mendakwa Lim Kit Siang semasa menjadi calon pilihan raya di Pulau Pinang adalah sebuah kilang kosong bukan kediaman.

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) hari ini terus menimbulkan keraguan terhadap status kewarganegaraan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Presidennya, Ramesh Rao mendakwa lokasi sebenar tempat kelahiran Kit Siang tidak diketahui secara tepat kerana menurut laman Wikipedia sebelum ini hanya tertulis Kit Siang tiba di Malaysia pada tahun 1957 dan bukannya lahir di negara ini.

Malah, Ramesh pelik dengan status kelahiran veteran DAP itu kerana jika dilahirkan di Batu Pahat pada tahun 1941 sudah pasti ada tempat lahir ditulis.

“Kita serahkan memorandum kepada Kit Siang untuk bertanyakan perkara sama, maklumat di laman Wikipedia sudah berubah dengan meletakkan peristiwa dilahirkan di daerah Batu Pahat, tetapi tidak dinyatakan tempat lahir Kit Siang di mana,” katanya hari ini.

Justeru Ramesh berkata, pihaknya akan mengadakan program khas ‘Nothing To Hide’ untuk membicarakan tentang tempat kelahiran Ahli Parlimen Gelang Patah itu sebagai sinikal kepada apa yang berlaku.

Ini kerana sebagai Ahli Parlimen yang lama berkhidmat, rakyat sudah pasti mahu mengetahui di mana wakil rakyat itu dilahirkan kerana sejarah mengenainya tidak konsisten dan berubah-ubah.

“Kita akan jemput Kit Siang untuk hadir dan bercerita berkenaan kisah awal hidupnya sebagai kanak-kanak, kisah peringkat awal persekolahannya dan sejarah hidup Kit Siang di zaman muda.

“Kita juga tidak sabar-sabar hendak melakar sejarah dengan kali pertama Kit Siang akan memaklumkan kepada para hadirin di mana dia dilahirkan supaya semua pihak mengetahui kisah sebenarnya,” kata Ramesh.

Sementara itu, tinjauan PSMP juga berjaya membongkar alamat yang digunakan oleh Kit Siang semasa menjadi calon pilihan raya di Pulau Pinang adalah sebuah kilang kosong bukan kediaman.

Pada sesi Dewan Parlimen baru-baru ini Kit Siang tiba-tiba naik angin apabila mendapat soalan bertalu-talu oleh mengenai dakwaan Ramesh yang mencabar beliau supaya mendedahkan bukti tempat kelahirannya. – MalaysiaGazette.

Comments are closed.