Home Ekonomi Mitsubishi eksport model baharu dari Indonesia ke Malaysia

Mitsubishi eksport model baharu dari Indonesia ke Malaysia

Jakarta- Mitsubishi Motors Corp. akan mula mengeksport kenderaan pelbagai guna dari kilangnya di Indonesia tahun hadapan.

Ketua Eksekutifnya, Osamu Masuko berkata, Mitsubishi merancang untuk membekalkan model tersebut kepada syarikat induk baharunya, Nissan Motor.

Mitsubishi pada Khamis lalu melancarkan sebuah model MPV 1.5 liter, Xpander dalam sebuah majlis di Tangerang.

“Kami akan mengeksport kenderaan ini ke Filipina diikuti Malaysia, Thailand dan Vietnam,” katanya.

Mitsubishi mensasarkan pengeluaran sekitar 80,000 unit bagi model baharu setiap tahun dan mengeksport 20,000 kenderaan ke luar bagi setiap pengeluaran.

Menurut Masuko, Xpander merupakan model pertama hasil pakatan dengan Renault Nissan.

Tahun lalu, Nissan membeli pegangan penting dalam Mitsubishi pada harga AS$2.3 bilion.- MalaysiaGazette