Home Politik PAKM bantah pelantikan Azmin, Zuraida dalam PH

PAKM bantah pelantikan Azmin, Zuraida dalam PH

Zuraida Kamaruddin

KUALA LUMPUR – Penyelaras Anti Kartel Movement (PAKM) membantah sekeras-kerasnya pelantikan Datuk Seri Mohamed Azmin dan Zuraida Kamarudin.

Penyelaras PAKM, Syed Shafie Abd. Rahman berkata, bantahan itu dibuat kerana kedua-dua pemimpin PKR itu antara mereka yang tidak bersetuju dengan penubuhan Pakatan Harapan (PH) pada peringkat awal.

“Malah sehingga kini mereka (Mohamed Azmin dan Zuraidah) tetap mendakwa Pakatan Rakyat masih hidup,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR dan Ketua Wanita PRK, Zuraida masing-masing dilantik menjadi Pengarah Pilihan Raya PH dan Ketua Wanita PH.

Menurut Syed Shafie, kedua-dua individu tersebut menjadi mastermind pengekalan pemimpin dan ahli-ahli Pas dalam pentadbiran kerajaan Selangor.

“Jadi pelantikan dua orang pemimpin PKR ini hanya menjadikan PH lebih haru biru. Kami juga menolak perlantikan Azmin Ali sebagai Pengerusi PH Selangor. tolak musuh dalam selimut,” katanya.- MalaysiaGazette