Home Seni Hidup Rani Kulup mahu ‘lamar’ Azalina pula

Rani Kulup mahu ‘lamar’ Azalina pula

Abdul Rani Kulup Abdullah

KUALA LUMPUR – Setelah ‘lamarannya’ ditolak oleh Datuk Vida dan Siti Kassim, selebriti media sosial, Abdul Rani Kulup Abdullah ‘mengintai’ pula Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai calon isterinya.

Dalam satu wawancara bersama Astro Ria, ketika ditanya berkenaan calon isteri ketiganya setelah lamaran sebelum ini ditolak oleh Vida dan Siti Kassim, secara berseloroh beliau menyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang belum berkahwin itu sebagai calon.

“Azalina Othman, orang yang bagi tahu (suruh), saya mana tahu,” jawabnya.

Azalina Othman Said

Terdahulu, Rani Kulup yang terkenal dengan jolokan nama Raja Repot itu melamar aktivis Orang Asal, Siti Zabedah Kasim dan jutawan kosmetik, Datuk Hazmiza Othman.

Ditanya ciri-ciri wanita pilihannya, Rani Kulup berkata; “Tak kisah macam mana, asalkan perempuan”

Bagaimanapun, tujuan utama beliau hanya mahu memberi sedikit ‘kegembiraan’ kepada rakyat Malaysia melalui lamaran jenakanya.

Ia berikutan ketegangan dan tekanan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia akibat situasi politik semasa, tambahnya. -MalaysiaGazette

3 Komen

  1. kah kah kah. ayah kulup memang hebat. lamar jamgan tak lamar. campak kail tanpa umpan pun tak pe ada yamg kena tersangkut juga

  2. Elok ler lamar Azalina tu.. Mana ler tau bila dah kena dgn Ayah Kulup nanti, baru ler reti sikit camana jadi pompuan sejati..

Comments are closed.