Home Politik Tun M tak perlu melatah syarikat anak disiasat LHDN

Tun M tak perlu melatah syarikat anak disiasat LHDN

Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin

ALOR SETAR – Pergerakan Pemuda UMNO Kedah meminta Tun Dr. Mahathir Mohamad  bersikap tenang dan berlapang dada apabila beberapa syarikat milik anak beliau disiasat Lembaga Hasil Dalam negeri (LHDN).

Ketuanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata,  ia prosedur biasa dan Tun M tidak perlu melatah mempertikaikan mana-mana pihak untuk turut sama disiasat.

“Pemuda UMNO Kedah yakin dan percaya pihak berkuasa sedang menjalankan tugas mereka dengan telus dan penuh profesional tanpa mengambil kira sentimen tertentu,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Shaiful Hazizy,  pihaknya juga menggesa agar Tun M tidak melatah dan melompat apabila pihak LHDN menjalankan tugas mereka.

“Pemuda UMNO Kedah ingin memperingatkan Tun M pentadbiran dan operasi agensi atau pun badan kerajaan bukannya seperti dahulu iaitu zaman beliau menjadi Perdana Menteri yang mentadbir secara kuku besi  tetapi kali ini semua agensi dan badan kerajaan telah menjadi proses transformasi untuk lebih profesional dan telus.

“Oleh yang demikian tidak timbul soal LHDN dan agensi kerajaan menjadi boneka kepada mana-mana pihak,” katanya lagi.

Pemuda UMNO Kedah yakin dan percaya anak-anak Tun M tidak lagi berada didalam ‘sangkar emas’ ataupun dilindungi oleh tangan-tangan yang tertentu.

“Pemuda UMNO Kedah memohon agar pihak berkuasa terus menjalankan tugasan mereka tanpa sebarang ketakutan dan tekanan. Hakikatnya kekayaan luar biasa anak-anak Tun M ini perlu dibongkar kerana mereka sudah lama dilindungi oleh kuasa-kuasa tertentu,” katanya.

Pemuda UMNO Kedah juga mahu pihak berkuasa dengan serta merta membuka kertas siasatan khas bagi menyiasat sekiranya wujud salah laku korporat syarikat-syarikat milikan anak-anak Tun M.- MalaysiaGazette

 

1 Komen

  1. Kalau nak keadilan, siasat semua sekali, dan publish hasilnya kepada umum. Yg nyata seperti anak Najib, Rosmah Mansor, Anak Nazri dan banyak lagi, kenapa x disiasat? Semua rakyat nampak betapa mewahnya mereka berbelanja. Hasil dari mana yg mereka dapat? Perniagaan apa yang dorang buat? Mana punca pendapatan mereka?
    Sebagai badan kerajaan yang diamanahkan oleh rakyat sepatutnya lebih telus. Bukan memilih bulu.
    Ingat lah sikit dengan akhirat. Didunia ni bolehlah nak cong.
    Apa apa pun sama sama kita berdoa agar Allah tunjukkan kifarahNya.

Comments are closed.