Home Dunia Gajah punca kematian15 orang ditembak mati

Gajah punca kematian15 orang ditembak mati

SAHIBGANJ – Seekor gajah dipersalahkan kerana menyebabkan kematian lebih sedozen individu di Jharkhand dan Bihar, ditembak mati pada Jumaat lalu.

Keputusan untuk menembak gajah itu diputuskan selepas perbincangan terperinci yang melibatkan berpuluh-puluh pegawai hutan dan seorang penembak tepat.

Pegawai hutan negara, N. K. Singh berkata, pasukan itu dibentuk selepas gajah yang dipercayai berusia 20-25 tahun telah membunuh 11 orang di negeri berkenaan sejak Mac lalu dan telah merosakkan beberapa buah rumah.

Singh berkata, gajah itu juga dipercayai telah membunuh empat orang di negeri Bihar.

Penembak tepat, Shafath Ali Khan dalam satu wawancara berkata, dia mendekati haiwan itu pada hari Khamis dan menembaknya dengan ubat penenang ke leher gajah tetapi gagal.

Haiwan itu kemudian melarikan diri, tetapi Khan kemudian menembak dan membunuh gajah itu dengan senapang berkaliber 456.

Ia adalah gajah ketujuh yang telah dibunuh Khan. – MalaysiaGazette