Home Utama Lori bawa muatan asid terbalik di Lebuh Raya Utara Selatan

Lori bawa muatan asid terbalik di Lebuh Raya Utara Selatan

Sebuah lori yang membawa muatan asid terbalik di Lebuh Raya Utara Selatan dari Melaka menghala Seremban.

SEREMBAN – Orang ramai yang menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan dari Melaka menghala ke Seremban terpaksa mengharungi kesesakan sepanjang 10 kilometer ekoran berlakunya satu kemalangan melibatkan sebuah lori membawa muatan asid.

Kejadian berlaku di bawah jambatan Senawang dan lori terbabit terbalik menyebabkan muatannya tertumpah di atas jalan.

Kesesakan lalu lintas sepanjang 10 kilometer di Lebuh Raya Utara Selatan berikutan kemalangan membabitkan sebuah lori yang membawa muatan asid terbalik di lebuh raya itu.

Berdasarkan maklumat, insiden yang berlaku kira-kira jam 9 pagi itu menyebabkan laluan keluar ke Plaza Tol Senawang terpaksa ditutup.

Kerja-kerja pembersihan di lokasi dilakukan oleh Jabatan Bomba dan penyelamat menerusi pasukan Tindakan Kecemasan HAZMAT.

Pengguna lebuh raya yang tersekat di dalam kesesakan tersebut dilencongkan ke laluan alternatif. – MalaysiaGazette