Home Utama Program Nothing To Hide 2.0 huru hara

Program Nothing To Hide 2.0 huru hara

Sebahagian orang ramai cuba memadam suar yang dibaling semasa kekecohan yang berlaku ketika sesi soal jawab bersama Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Mahathir Mohamad pada program "Nothing To Hide 2.0" di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Shah Alam. foto HAZROL ZAINAL, 13 OGOS 2017.

SHAH ALAM – Program Nothing To Hide 2.0 terpaksa dihentikan serta-merta akibat keganasan yang berlaku ketika sesi soal jawab bersama Tun Mahathir Mohamad.

Kekecohan bermula ketika seorang peserta program bertanya soalan berkenaan tragedi Memali, secara tiba-tiba kelihatan kasut, botol air dan kerusi dibaling ke arah Tun Mahathir.

Suar juga turut dibaling ke arah penonton yang lain, selain laungan “diamlah Kutty” turut kedengaran.

Kekecohan yang berlaku ketika sesi soal jawab bersama Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Mahathir Mohamad pada program “Nothing To Hide 2.0” di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Shah Alam. foto HAZROL ZAINAL, 13 OGOS 2017.

Keadaan semakin tidak terkawal apabila pihak penyokong PPBM bergaduh sesama sendiri.

Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia & Kebudayaan, Shah Alam yang menjadi venue utama program tersebut, menjadi kecoh selama hampir setengah jam.

Berikutan kekecohan tersebut, dua lelaki dipercayai terlibat dalam provokasi yang mencetuskan huru-hara berkenaan ditahan polis dan dibawa ke balai polis berdekatan.

Ketika dibawa masuk ke kenderaan polis, suspek berkenaan juga dilihat mengalami kecederaan, lebam dan luka di beberapa bahagian badan akibat dipukul oleh penyokong PPBM sebelum diserahkan kepada pihak polis. – MalaysiaGazette

Comments are closed.