KUALA LUMPUR – Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan (IHPrP) pada suku kedua 2017 mencatatkan kenaikan sebanyak 0.3 peratus berbanding suku tahun sebelumnya.
Indeks itu dibentuk untuk mengukur purata perubahan harga perkhidmatan yang dikenakan oleh industri perkhidmatan tempatan di Malaysia setiap suku tahunan.
Subsektor yang mencatatkan kenaikan adalah Aktiviti Hartanah (1.2%), Penginapan & Aktiviti Perkhidmatan Makanan dan Minuman (1.1%), Kesenian, Hiburan & Rekreasi (0.5%), Pendidikan (0.4%), Kesihatan (0.3%), Profesional (0.2%) dan Maklumat & Komunikasi (0.1%).
Subsektor yang mencatatkan kenaikan adalah Penginapan & Aktiviti Perkhidmatan Makanan dan Minuman (4.0%), Pendidikan (2.8%), Kesihatan (2.7%), Aktiviti Hartanah (2.2%), Profesional (0.9%) dan Maklumat & Komunikasi (0.1%).
Pada suku tahun kedua 2017, IHPrP Pengangkutan tidak berubah berbanding suku tahun sebelumnya.
Manakala, berbanding suku tahun kedua 2016, IHPrP Pengangkutan mencatatkan penurunan 0.2 peratus kesan daripada penurunan indeks Pengangkutan Penumpang Udara (-1.1%) dan Pengangkutan Air Laut & Pesisir Pantai (-0.4%).
IHPrP Penginapan & Aktiviti Perkhidmatan Makanan dan Minuman2 pada suku tahun kedua 2017 naik 1.1 peratus berbanding suku tahun sebelumnya.
Kenaikan ini didorong oleh Restoran dan Aktiviti Perkhidmatan Makanan Bergerak (1.4%), Aktiviti Perkhidmatan Minuman (0.8%), Katering & Aktiviti Perkhidmatan Makanan Lain (0.4%) dan Aktiviti Penginapan Jangka Masa Pendek (0.3%).
IHPrP Maklumat dan Komunikasi3 suku tahun kedua 2017 menunjukkan kenaikan sebanyak 0.1 peratus berbanding suku tahun pertama 2017 yang didorong oleh kenaikan indeks Pengaturcaraan Komputer, Perundingan dan Aktiviti Berkaitan sebanyak 0.1 peratus.
Peningkatan ini dijana oleh Pengaturcaraan Komputer, Perundingan dan Aktiviti Berkaitan (0.2%) dan Aktiviti Telekomunikasi Tanpa Wayar (0.1%).
IHPrP Aktiviti Hartanah4 meningkat 1.2 peratus pada suku tahun kedua 2017 berbanding suku tahun pertama 2017. Perubahan tahun ke tahun turut merekodkan peningkatan 2.2 peratus.
Perbandingan tahun ke tahun juga menunjukkan indeks meningkat 0.9 peratus yang didorong oleh Aktiviti Arkitek dan Kejuruteraan & Perundingan Teknikal Yang Berkaitan (1.3%), Aktiviti Perakaunan, Simpan Kira & Audit; Perundingan Percukaian (0.7%), dan Aktiviti Guaman (0.5%).
Berbanding suku tahun sebelumnya, IHPrP Pendidikan6 meningkat 0.4 peratus pada suku tahun kedua 2017. Peningkatan ini adalah didorong oleh kenaikan indeks bagi Pendidikan Tinggi (0.5%).
Pada suku tahun kedua 2017, IHPrP Kesihatan7 merekodkan kenaikan sebanyak 0.3 peratus berbanding suku tahun sebelumnya. Kenaikan ini disumbangkan oleh peningkatan indeks Aktiviti Amalan Perubatan & Pergigian (0.5%), Aktiviti Hospital dan Aktiviti Kesihatan Kemanusiaan Lain, masing-masing 0.1 peratus.
IHPrP Kesenian, Hiburan dan Rekreasi8 bertumbuh sebanyak 0.5 peratus pada suku tahun kedua berbanding suku tahun pertama 2017 disebabkan oleh peningkatan indeks Aktiviti Perjudian dan Pertaruhan (0.5%), Aktiviti Sukan dan Aktiviti Hiburan & Rekreasi Lain, masing-masing 0.3 peratus.- MalaysiaGazette