Home Nasional BR1M dibayar mulai esok sempena Hari Raya Aidil Adha

BR1M dibayar mulai esok sempena Hari Raya Aidil Adha

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju agar pembayaran peringkat ketiga yang juga pembayaran terakhir BR1M 2017 dibuat mulai esok sempena kedatangan Hari Raya Aidil Adha tidak lama lagi.

Bagi mereka yang lulus pada peringkat rayuan pula, pembayaran dijangka akan dibuat pada 29 Ogos 2017, kata satu kenyataan Kementerian Kewangan petang ini.

“Kerajaan berharap dengan pemberian BR1M ini dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidiladha kelak,” kata kenyataan yang sama.

Pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing- masing.

Bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional yang berhampiran. 4. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 serta email kepada: [email protected] MalaysiaGazette