NEW YORK – Presiden Donald Trump akan menandatangani perintah eksekutif melaksanakan akauntabiliti dalam isu alam sekitar dan membenarkan proses pembangunan infrastruktur.
Presiden Amerika Syarikat itu akan mengeluarkan perintah eksekutif itu pada hari ini.
White House dalam satu kenyataan pada Isnin berkata,Trump yang melawat kediamannya di Trump Tower di Bandaraya New York juga akan menyertai perbincangan mengenai infrastruktur.
White House bagaimanapun tidak mengeluarkan butiran lanjut mengenai perintah eksekutif yang akan dilaksanakan Trump.
Trump yang juga merupakan pemaju hartanah sebelum menjadi Presiden Amerika Syarikat menjadikan isu pembangunan semula infrastruktur negara sebagai bahan utama kempen pemilihan pada Oktober lalu.
Trump mencadangkan AS$200 bilion dalam perbelanjaan kerajaan untuk menswastakan sistem kawalan trafik udaranya, memperkukuhkan infrastruktur luar bandar dan membaiki jambatan, jalan raya dan saliran air.
Pada Jun lalu, Trump berkata salah satu halangan utama kepada projek insfrastruktur baharu adalah proses mendapatkan permit dan kelulusan yang mahal dan memakan masa lama.- MalaysiaGazette