KUALA LUMPUR – Harga jualan runcit untuk bahan api petrol dan diesel menyaksikan kenaikan lharga lagi minggu ini.
Petrol RON95 naik tiga sen kepada RM2.15 sen seliter manakala RON 97 juga naik empat sen menjadi RM2.43 sen.
Harga diesel pula turun sebanyak dua sen kali ini menjadi 2.04 sen seliter.
Harga baharu bahan api itu akan kekal dari 17 Ogos hingga 23 Ogos 2017 ini.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hari ini mengumumkan harga runcit baharu untuk bahan api petrol dan diesel.
Harga baharu bagi bahan api petrol dan diesel akan berkuatkuasa mulai 12.01 tengah malam ini. – MalaysiaGazette