CAPE TOWN – Afrika Selatan telah mengeluarkan amaran merah di sempadan Zimbabwe terhadap Grace Mugabe, kata Menteri Polis.
Isteri Presiden Robert Mugabe itu dituduh mencederakan seorang wanita, Gabriella Engels dengan menggunakan wayar di sebuah hotel di Johannesburg.
Grace, 52, sepatutnya hadir ke mahkamah pada Selasa lalu tetapi gagal meskipun dipercayai berada di Afrika Selatan.
Mugabe juga berada di Afrika Selatan untuk menghadiri mesyuarat Jumaat ini.
Menteri Polis Afrika Selatan, Fikile Mbalula berkata: “Bagi pihak polis di sini, kami sudah pun meletakkan amaran di sempadan bagi beliau untuk keluar dari negara ini. Jadi tidak timbul persoalan berhubung perkara itu.
Semalam, menteri itu memaklumkan Kerajaan Zimbabwe telah memohon imuniti kepada Grace. – MalaysiaGazette