Home Ekonomi Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan

KUALA LUMPUR – Kadar jangka pendek diunjur stabil minggu depan berikutan jangkaan Bank Negara Malaysia (BNM) menawarkan tender-tender untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Bagi minggu yang baru berakhir ini, kadar semalaman berada pada 2.96 peratus manakala kadar-kadar bagi seminggu, dua minggu dan tiga minggu masing-masing 3.02 peratus, 3.06 peratus dan 3.11 peratus.

Bank pusat itu turut campur tangan setiap hari untuk menyerap lebihan mudah tunai dengan menawarkan tender-tender lelongan matang, lelongan matang Islam, Qard, repo, repo berbalik dan tender pasaran wang.

Jumlah lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional bagi minggu yang baru berakhir pula susut kepada RM27.43 bilion daripada RM30.73 bilion pada minggu lepas manakala dalam sistem Islam, ia berkurangan kepada RM7.42 bilion daripada RM8.03 bilion.

Kadar antara bank tiga bulan yang juga penunjuk pasaran berada pada 3.43 peratus.- BERNAMA