KUALA LUMPUR – Dua bas yang membawa atlet Sukan SEA KL 2017 bertembung berhampiran plaza tol Sungai Besi awal pagi ini.
Bas yang membawa 13 atlet daripada Thailand, 5 atlet Filipina dan 10 atlet Myanmar itu dalam perjalanan ke Stadium Bukit Jalil daripada hotel Maariot Putrajaya.
Walau bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.
Polis Trafik Kuala Lumpur dalam kenyataan ringkas yang dikongsi melalui aplikasi Whatsapp memberitahu, kesemua atlet telah selamat tiba ke lokasi pertandingan menggunakan bas ganti.
Kemalangan dikatakan berpunca apabila salah sebuah bas berkenaan terpaksa menekan brek secara mengejut bagi mengelak sebuah motorsikal yang secara tiba-tiba menukar lorong ke arah bas berkenaan.
Bas tersebut kemudiannya dilanggar oleh bas kedua yang berada di belakang. – MalaysiaGazette