Home Sukan Selamat bersedia untuk kembali, Zlatan Ibrahimovic

Selamat bersedia untuk kembali, Zlatan Ibrahimovic

Foto Instagram Eric Bailly

MANCHESTER – Manchester United bakal memilik dua penyerang prolifik menerusi gandingan Romelu Lukaku dan Zlatan Ibrahimovic

Bayangan itu diberikan pemain pertahanan, Eric Bailly mengenai kehadiran seorang lagi penyerang dalam pasukan.

Kehadiran semula Ibrahimovic itu didedahkan Bailly yang memuat naik video di laman instagramnya.

Menerusi video itu juga tercatat kapsyennya, Bailly menulis: “Harap kamu telah bersedia untuk kembali, Zlatan Ibrahimovic. Kami di sini.”

Ibrahimovic ketika ini tidak lagi mempunyai kontrak bersama United namun dibenar menggunakan pusat latihan United untuk menjalani latihan.

Kehadiran penyerang berpengalaman itu didedahkan Bailly yang memuat naik video di laman instagramnya.

 Jose Mourinho sebelum ini tidak menyembunyikan hasratnya untuk menurunkan kembali Ibrahimovic jika pemain itu pulih daripada kecederaan ligamen. – MalaysiaGazette