SINGAPURA – Kapal tangki minyak yang terlibat dalam perlanggaran dengan kapal perang Amerika Syarikat di timur Singapura awal pagi ini membawa hampir 12,000 tan minyak bahan api.
Bagaimanapun, tiada tumpahan minyak berlaku, menurut seorang anggota krew kepada Reuters.
“Kami membawa 11,987 tan minyak bahan api, tidak ada tumpahan minyak. Kami membawa bahan api dari Taiwan ke Singapura.
“Kami meneruskan perjalanan ke Raffles Reserved Anchorage, yang mana pemilik akan menyiasat tentang kejadian itu. Ada berlaku kerosakan pada injap,” kata krew yang enggan dikenal pasti.
Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) menempatkan Raffles Reserved Anchorage di selatan Pulau Bukom untuk dikhaskan untuk “kapal yang memerlukan pembaikan kecemasan dan kapal yang rosak atau seperti yang diarahkan oleh Pelabuhan.” – MalaysiaGazette