Home Dunia Big Ben senyap sehingga 2021

Big Ben senyap sehingga 2021

LONDON – Big Ben atau menara jam besar di Istana Westminster yang menjadi ikonik bandaraya London akan disenyapkan sehingga tahun 2021.

Menurut BBC News, penutupan itu bagi memberi laluan kerja-kerja baik pulih.

Bunyi loceng tengahari semalam adalah yang terakhir sebelum kerja-kerja baik pulih dijalankan.

Orang ramai termasuk pelancong bersorak meraikan detik kenangan itu.

Bagaimanapun loceng berkenaan akan tetap digunakan dalam upacara khas seperti sambutan tahun baru.

Keputusan menutup jam loceng itu menjadi perdebatan kerana tempoh agak lama dan ahli Parlimen tidak dimaklumkan ia mengambil masa sehingga empat tahun.

Perdana Menteri Britain, Theresa May berkata, ia seperti sesuatu yang tidak kena apabila jam loceng tersebut senyap begitu lama dan meminta cadangan tersebut dikaji semula. – MalaysiaGazette