KUALA LUMPUR – Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) menahan sembilan warga Afrika dalam dua serbuan dan merampas 24 kilogram ganja.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan perkara itu berkata. penahanan itu dilakukan di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.
“Syabas STING @PDRMsia semlm tkap 9 Warga Afrika di KL dan PJ dan rampas 24 kg ganja #GoPDRMGo,” katanya menerusi Twitter. – MalaysiaGazette