Home Seni Hidup Polo, KJ dan aura Putera Abdul Mateen

Polo, KJ dan aura Putera Abdul Mateen

KJ jatuh kuda (kiri) dan aksi Putra Abdul Mateen (kanan).

PUTRAJAYA – Aura Putera Abdul Mateen Bolkiah menjadi fenomena dalam acara polo ekuestarian Sukan SEA ke-29 di sini hari ini.

Selain itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin juga menarik perhatian ramai dengan stail dengan gaya budimannya.

Abdul Mateen yang juga anak ke-10 Sultan Brunei menjadi tular dengan kekacakan dan tubuhnya yang sasa menarik minat ramai menyaksikan perlawanan polo.

Kelibat anak raja berusia 26 tahun itu menjadi tumpuan dan menjadi sasaran lensa para peminat terutama gadis remaja.

Selain itu, aura Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) tidak kurang hebatnya.

Dengan aksi yang membawa kemenangan pasukan polo negara mengalahkan Brunei dengan jaringan 12-4, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu dilihat beraksi bersungguh-sungguh dalam perlawanan yang sama.

Walaupun jatuh dari kuda semasa perlawanan ia dilihat tidak mematahkan semangat Ahli Parlimen Rembau itu.

Malah selepas selesai perlawanan, KJ juga dilihat memberi penghormatan kepada Tengku Mateen dan keluarga diraja itu.

Perlawanan tersebut menjadi tumpuan orang ramai yang mula datang awal beberapa jam bagi menyaksikan aksi kali pertama KJ.

Malah, penyertaan dua kerabat diraja Brunei iaitu Putera Abdul Mateen Bolkiah dan kekandanya, Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah turut menarik perhatian.- MalaysiaGazette