Home Dunia Polis Jerman rampas pil ekstasi wajah Donald Trump

Polis Jerman rampas pil ekstasi wajah Donald Trump

Dadah ini dijual secara atas talian oleh dua beranak di German

OSNABRUCK, Jerman – Strategi pasaran pil ekstasi di Jerman yang menggunakan pil dengan wajah presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tumpas di tangan polis Osnabruck.

Polis mengesahkan dua beranak berusia 51 dan 71 tahun berasal dari Austria telah ditahan.

Dadah itu dijual melalui pasaran internet dengan slogan ‘Trump makes partying great again’ (Trump jadikan parti anda hebat kembali).

Menurut BBC News, lima paket besar ekstasi dirampas dalam kenderaan suspek dengan nilai anggaran dadah tersebut bernilai $47,000 (RM316,905).

Pil itu memaparkan wajah Trump dengan gaya rambutnya selain nama presiden itu dicatat di bahagian belakang. – MalaysiaGazette