KUALA LUMPUR – Perdana Menteri memuji pengurusan Bank Negara Malaysia (BNM) kerana mampu capai standard antarabangsa.
“Rizab antarabangsa @BNM_official kini mencecah US$100.4 bilion. Syabas atas pengurusan yg baik ke aras kukuh, selaras standard antarabangsa,” kata Datuk Seri Najib Razak menerusi Twitter beliau.
Pada 22 Ogos lalu Bank Pusat itu mengumumkan rizab antarabangsanya berjumlah AS$100.4 bilion (bersamaan dengan RM431.0 bilion) pada 15 Ogos 2017.
Paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.9 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek. – MalaysiaGazette