KUALA LUMPUR – Perdana Menteri akan mengadakan lawatan kerja ke Washington pada 12 September ini atas jemputan Presiden Donald Trump, menurut Kementerian Luar Negeri.
Malaysia dan Amerika Syarikat akan menyambut ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik pada tahun ini dan hubungan ini telah dipertingkatkan ke perkongsian komprehensif di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak.
Najib dan Trump akan membincangkan hal-hal berkepentingan bersama termasuk keselamatan negara, usaha menentang aktiviti keganasan dan ekstremisme serta perdagangan dan pelaburan pada lawatan tersebut.