Home Dunia Pengasuh ditawar gaji lumayan, kereta mewah

Pengasuh ditawar gaji lumayan, kereta mewah

Maserati

MEMPHIS – Sebuah keluarga sedang mencari pengasuh kanak-kanak yang merupakan seorang graduan psikologi dengan pengalaman 15 tahun bekerja.

Iklan itu dibuat di laman sesawang penjagaan kanak-kanak.

Pengasuh itu mesti seorang yang boleh bekerja enam hari seminggu, 13 jam sehari untuk menjaga empat kanak-kanak berusia 2, 5, 7 dan 15 tahun.

Calon itu juga mesti bersedia untuk terbang bersama keluarga itu di empat kediaman mereka di London, Barbados, Cape Town dan Atlanta.

“Saya berpendapat maklumat ini terbaik – bagi tuntutan calon. Anak-anak kami bersekolah di rumah dan memerlukan perhatian dan pengawasan yang berterusan, walaupun mereka bersama guru mereka,” kata iklan itu.

Menurut iklan itu, pengasuh itu akan makan makanan yang disediakan oleh Chef Michelin dan dibenarkan memandu kereta Porche, Range Rover dan Maserati.

Bagaimanapun, pengasuh itu mesti mempunyai rekod memandu yang bersih.

Pengasuh itu juga akan dilatih dengan pertahanan diri dan keluarga tersebut sedia untuk menyediakan latihan asuhan.

Gaji yang ditawarkan kira-kira AS$130,000.

Tawaran itu telah menarik ratusan permohonan namun hanya segelintir kecil yang memenuhi keperluan khusus keluarga tersebut. – MalaysiaGazette