Home Dunia Qatar arah kedutaan Chad ditutup

Qatar arah kedutaan Chad ditutup

DUBAI – Qatar mengarahkan Kedutaan Chad ditutup dan memerintahkan para diplomat meninggalkan negara itu dalam tempoh 72 jam.

Tindakan tersebut diambil kerana mendakwa negara Afrika itu menyertai “kempen peras ugut”.

Empat negara Teluk termasuk Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Doha kerana mendakwa Qatar telah menyokong pengganas.

Chad memaklumkan telah diberi 10 hari supaya meninggalkan negara itu, sambil menuduh Qatar cuba menjejaskan kestabilan negara Afrika tengah menerusi Libya.

Pengarah jabatan media Kementerian Luar Negeri Qatar berkata, keputusan Chad itu menunjukkan ia “datang dalam kempen memerangi politik terhadap Qatar dengan niat untuk menyertai negara-negara kepung”.

Bagaimanapun, Chad tidak menyedia sebarang perincian untuk menyokong dakwaan bahawa Doha sedang berusaha untuk menjejaskan kestabilan melalui Libya.

Qatar merujuk kepada Arab Saudi, UAE, Bahrain dan Mesir sebagai “negara kepung” untuk mengenakan sekatan terhadapnya.

Senegal berkata minggu ini ia telah mengembalikan dutanya ke Qatar selepas memanggil semula tiga bulan lalu, dalam usaha untuk menggalakkan resolusi damai terhadap perseteruan itu.

UAE dan Qatar, yang kedua-duanya memainkan peranan penting dalam menyokong pemberontak yang menggulingkan Muammar Gaddafi pada 2011, telah muncul sebagai pesaing di medan perang dengan kepentingan yang bertentangan di Libya. – MalaysiaGazette