Home Dunia Ribut kedua badai Hong Kong, Macau

Ribut kedua badai Hong Kong, Macau

HONG KONG: Hong Kong dan Macau dilanda ribut kencang hari ini setelah taufan membadai seluruh selatan China dan meragut sekurang-kurangnya 18 nyawa beberapa hari lepas.

Kedua-dua bandar raya itu mengeluarkan status ‘taufan 8’, tahap ketiga tertinggi, awal semalam ketika ribut tropika Pakhar melanda wilayah tersebut.

Syarikat penerbangan Hong Kong, Cathay Pacific dan Cathay Dragon membatalkan 50 penerbangan pagi ini dan lebih banyak penangguhan serta pembatalan dijangka berlaku.

Semua perkhidmatan feri di Hong Kong turut digantung.

Kebiasaannya amaran ‘taufan 8’ mendorong penutupan pasaran saham Hong Kong, sekolah dan perniagaan.

Tiupan angin selaju 130 kilometer sejam yang dinamakan Pakhar, sempena ikan air tawar di Sungai Mekong, melanda selatan China ketika Macau yang teruk terjejas masih belum pulih selepas dibadai Taufan Hato. – AFP