Home Utama Pocket Roketman sumbang emas ke 111 negara

Pocket Roketman sumbang emas ke 111 negara

Mohd Azizulhasni Awang

KUALA LUMPUR – Pasukan Sukan SEA Malaysia mengukir sejarah dengan menepati sasaran 111 pingat emas malam ini.

Pingat berharga itu diraih atlet berbasikal negara, Azizul Hasni Awang menerusi acara 200 meter pecut lelaki.

Azizulhasni mengesahkan pingat emas itu menerusi acara pecut individu lelaki di di Velodrom Nasional di Nilai, sebentar tadi.

Pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu berjaya menewaskan Muhammad Shah Firdaus Sahrom di peringkat akhir untuk pingat perak.

Gangsa milik Jaturong Niwanti dari Thailand.

Terdahulu emas ke 110 juga disumbang oleh seorang lagi pelumba kelahiran Terengganu, Fatehah Mustapa menerusi acara pecut individu wanita. – MalaysiaGazette.